Jangan Pandang Belakang REDANG 1

03Jul09

18 Jun
aku gerak awal ke kajang, menuju ke rumah sub organiser, kobe, lately senang je ingat jalan ke rumah kobe, dah selalu pergi, bas bertolak pukul 9.30, mak kobe ajak makan mee dulu, peserta lain yang turut serta adalah saudara chuck, lepas makan kami menuju ke rumah peserta lain, cik yas

“jgn lupa sembahyang”, pesan emak kobe

di rumah cik yas, 2 peserta lain sudah lama menunggu, saudara tajul dan pelakon yang sedang meningkat naik, saudara shafiq yang dari tadi leka menikmati minum petang hasil tangan mak cik yas, acara ice breaking dimulakan, kobe ngan cik yas aku dah lama kenal, shafique lak dah lama ada dlm frenlist myspace aku, tp x pernah borak, berjumpa apatah lagi, tajul ngan chuck lak mmg x pernah kenal, selepas solat maghrib secara berjemaah kami bertolak ke stesyen bas kajang, di sana seorang lagi peserta muncul

“hye saya Cho”, Cho memperkenalkan diri

bas ‘adik-beradik’ yang kami naiki mmg selesa, mengalahkan airbus, perjalanan yang mengambil masa 6 jam mmg terasa syahdu, lagi2 apabila menyusur lebuhraya, terasa jakon pulak melihat bintang2 yang berkelip di dada langit

19Jun
couple yang duduk depan seat aku x leh blah, beli bas sendiri lah wey, orang lain pun tido, xde pun turunkan seat sampai kene kaki orang belakang, ampeh, dalam pukul 4.30 pagi kami sampai ke stesyen bas kuala terengganu, lepak minum dulu, memandangkan feri bertolak pukul 10 pagi, kami mempunyai masa yang panjang untuk sesi ice breaking, sambil menunggu organiser sebenar sampai, kami lepak di mcd untuk breakfast lagi, kemudian main pokerface sambil dihiburkan dengan persembahan silap mata dari saudara shafiq, walaupun aku boleh baca trick dia, aku still kagum

jam 9 pagi kami menuju ke jeti utk urusan e-ticketing, e-ticketing la sgt, aku dapat seat baik punya depan aircond, xnak beku lak otak ni, lepas balut kepala aku ngan sweater aku pun tido, bangun2 je da sampai, 7 sekawan gembira x ingat dunia, langkah diatur menuju ke tempat penginapan, PU-KO-KU bukan nama sebenar, setelah selesai segala urusan kami memulakan aktiviti pertama kami petang itu di teluk dalam dimana terletaknya berjaya resort yang bertaraf lima bintang, oh lupa lak, kami diangkut menaiki lori dari PU-KO-KU ke teluk dalam, pengalaman pertama yang x dapat dilupakan, seronok, aku x melepaskan peluang terkinja2 sambil menyanyikan lagu cina seperti yang dilakukan oleh nani dalam filem sepet

“SubhanAllah”, detik hati aku

dari jauh nampak surreal, lawa gila, laut kebiru-biruan, pasir halus yang putih, 7 sekawan girang x terkata, heaven

“topless mana?”, tajul bersuara

kegirangan diteruskan dengan sesi bergamba berbekalkan tripod milik shafique dan Nikon D90 kesayangan aku, aktiviti diteruskan lagi dengan memanjat bukit bakau menuju ke long beach, aktiviti mudah yang bertukar menjadi sedikit ngeri bagi aku, macam movie vertical limit, cerun2 dia menghampiri 90 degree, silap langkah maut menanti, tapi ini yang aku cari, cabaran, tips penting, rendahkan pusat graviti badan dengan merendahkan sikit badan, ia boleh menambah keseimbangan dan mengurangkan gayat, semakin hampir ke long beach pendakian makin sukar, berbeza pula ngan peserta lain yang rata2 x sabar ke long beach, saudara chuck dan organiser siap buat summersault lagi, akhirnya 7 rakan sampai ke long beach yang mempersonakan itu, itulah kali pertama kami mandi bersama di redang, rasa macam cita beach lakonan leonardo dicaprio lak sebab pantai tu mmg xde orang sangat, sunyi je, saudara shafique tidak melepaskan peluang membuat panggilan ke kampung menyatakan betapa indahnya redang, lama juga kami menghabiskan masa disitu sebelum kembali ke teluk dalam, bermulalah sesi mendaki maut kali kedua, oh lupa, saudara tajul ‘krem’ di bahagian ketiak semasa berenang di long beach

berakhir sudah aktiviti petang itu, kami kembali ke PU-KO-KU, tiada aktiviti menarik malam itu yang boleh dikongsi disini, tiada, benar2 tiada, selain mesyuarat kosong bersama organiser sambil lepak di pangkin yang jarak dari air laut hanya 10 langkah, lepak makan roti canai boleh dikira aktiviti x?

to be continue…

*gambar akan dilampirkan pada Jangan Pandang Belakang REDANG 2

______________________________________________________________________

Mohd Faizal+Azrini, Dewan Melati, Putrajaya, The Reception







Pasangan engineer muda Faizal dan Azrini, majlis yang simple tapi meriah, aku suka setting dewan dia, just nice, pelamin dia pun cun, secun dan secocok kedua mempelai, kali ni aku follow udey the magic photographer, kepada Faizal+Azrini, aku ucapkan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan ramai junior engineer, hehehe

HAFIDZKAMARUDDIN aka HPP
Tel : 012 2177381
Email : afiidzz@yahoo.com
Official Website : https://hafidzkamaruddin.wordpress.com/
YM / myspace / facebook / friendster : afiidzz@yahoo.com



5 Responses to “Jangan Pandang Belakang REDANG 1”

  1. 1 Ken

    hua hua hua
    stylo

  2. 2 kobe

    Pengalaman yg bermakna bagi tahun 2009

  3. wah,gi redang ye.best tuh.

    amvoi2,dlm diam bisnessman ghupenye ye🙂 nnt upload la gambar2 kat redang

    ha,kalo ada gambar BOS(moqh) kawen,tepekla kat blog.nak tgk dia akad brape kali.hehehehe ;p

    hpp,bila dpt tau result contest berlakon yg ko masuk tuh?
    kalo menang,jgn lupa buat announcement.hehehe ;p

  4. 4 aie

    ciss bile entry bergambar nak kluar nih?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: