Jason Mraz punya pasal…

21Mar09

aku mulakan entry ni dgn petikan ayat dari ex-gf aku, nani, ” kalau kita nak, mesti ada cara”…

jam baru pukul 1 tghari, hari ni aku plan nak wat editing gamba wedding, nk up kat blog, tetiba kobe buzz ak kat ym…

“jason mraz jom!”, kata kobe

“jom!”, jawab aku teruja

“mana nk dpt ticket?”, tanya aku

“mesti de kaunter ticket kat sana”, jawab kobe

“ko serius ke ni nk pg?”, tanya aku lagi dalam keadaan teruja dan sedikit blur, kobe ni kadang2 xleh pakai…ha ha

“ye lah, pape hal ko msg, aku out dulu”, sebelum dia out sempat dia bg link flyer concert jason mraz

aku mmg peminat jason mraz ni, start lagu dia main kat MTV lagi aku dah layan cd dia, sebelum aku beli cd, aku selalu dengar lagu i’m yours kat radio time aku drive, each time lagu dia keluar, aku akan pergi lane paling kiri, bawak slow2, buka tingkap dan sing along, gile best, aku saja biarkan rambut aku melayang2 kene tiup angin, ha ha ha, manakala kobe bukanlah peminat lagu2 genre mcm ni, dia lbh kpd emo scremo, ha ha ha…aku dah tau jason mraz nk dtg Malaysia tp aku xde member nk ajak, so aku buat donno je…talian easy axcess ptg tu bz memanjang, tp aku x putus asa, aku call 4, 5 kali, at last ada operator angkat, x clear sgt dia ckp, tp yang aku dgr ada few RM168 ticket n many RM258 ticket…ticket yg murah2 semua dah sold out…aku call kobe, dia on je for RM168 tp dia suruh aku dulukan RM68…aku lak tgh berkira2 lagi, mggu depan aku nk pg bandung, xde duit poket lak nanti, fikir punya fikir, on je la, bukan selalu jason mraz dtg, semua lagu dia lak mmg aku layan…

kerja editing tadi aku x wat pun, teruja sgt…dlm pukul 3 aku bertolak g uniten jemput kobe, mcm biasa…aku sesat lagi walaupun dah kesekian kali, ha ha, sampai2 je hujan turun dgn lebatnya…aku call lagi sekali axcess ticket… “semua ticket SOLD OUT”, jawab operator tu…tp aku x putus asa… “mesti ada jual kat luar stadium”, kata kobe dengan confidennya…pukul 5.30 kitaorang sampai stadium merdeka, manusia dah start ramai, ramai yang datang dengan gaya ranggi metropolis, x kurang juga yang bergaya sesempoi jason mraz, he he, aku lak, cukup sekadar t-shirt dan jeans, kasut berjenama antarabangsa yang baru aku beli sayang nak pakai, dah la putih, sandal hitam kesayangan jadi pilihan…

“ko pergi usha tiket, aku tunggu dlm kereta”, kata2 arahan aku kepada kobe

15 min kemudian kobe kembali…

“kene tunggu pukul 7.30 lepas semua orang habis collect ticket baru dia jual…”, kata kobe termengah2

selepas kobe menyarungkan adidas superstar biru laut rarenya, kami pun menuju ke kawasan stadium…

kitaorang terus duduk kat tembok depan stadium, cuci2 mata dulu sementara tunggu kaunter bukak, agak lama jugak kitaorang tunggu kat situ sampai terserempak ngan adik jason mraz, kacuk mraz bersama gadis2nya, ha ha ha, dlm pukul 7.15 kitaorang beratur kat kaunter, time tu lom ramai lagi yang beratur, dlm 11, 12 orang je, kitaorang meneruskan aktiviti mencuci mata dan borak2 kosong, jam menunjukkan 7.30ptg, kaunter masih belum dibuka, orang semakin ramai, aku bertambah excited ingin menyaksikan artis pujaan aku beraksi, x tahu lak aku ape perasaan kobe, mungkin sekadar mahu mengisi malam rabunya yang membosankan, dalam pukul 7.55 barulah kaunter dibuka bersamaan 5 minit sebelum konsert bermula, barisan semakin kehadapan, sorang2 berlalu dengan muka gembira, aku bertambah teruja, namun keturujaan aku terhenti apabila kedengaran bunyi sorakan menandakan konsert sudah bermula, demn! lagi 4 orang sampailah turn kami, belum pun sampai turn kami, tiba2…

“we are selling RM253 ticket only!”, teriak penjaga kaunter tu

kitaorang blur kejap…

“macam mana ni be”, aku

“erm”, kobe

“macam mana ni be”, aku

“erm”, kobe

turn kitaorang pun sampai…

x sempat penjaga kaunter tu bersuara kitaorang mencelah…

“ticket 168 xde ke kak?”, kami

“253 only”, penjaga kaunter

kitaorang blur kembali…lalu beredar dengan perasaan yang gila hampa, gile gile hampa, sangat gile…

tapi aku x putus asa

kami berlegar di depan kawasan stadium, mengharapkan keajaiban berlaku, kaunter tiket yang tadinya penuh, sunyi dengan tiba2, ntah mana perginya barisan yang panjang tadi…aku kembali ke kaunter…

“kak, xdeke tiket 168?” ,tanya aku dengan muka yang paling kesian, namun hanya jawapan hampa yang kedengaran…

aku bertanya di kaunter pas media pula…

“leh bagi kitaorang pas media x?”, tanya aku…sekali lagi aku hampa…

kemudian aku ringankan mulut bertanya pada sekumpulan manusia di tepi kaunter

“bang, de tiket lebih?”, tanya aku

“ko nak berapa?”, jawab brader tu

“2 tiket”, aku

ternyata percubaan kali ini membuahkan hasil…aku kembali teruja…

tapi……brader ni cuma ada 1 tiket, dia suruh sorang masuk dulu sementara dia carikan tiket lagi 1…kitaorang x setuju, datang sama2, masuk sama2 arr…rupanya brader ni mmg dr ptg tadi jual tiket kat tepi tu, dia jual tiket RM88 tp dia mark up jadi RM100…kalau aku tahu, xyah susah2 beratur…sedang brader tu berusaha cari tiket lagi tiba-tiba seorang apek berusia setengah abad lalu dihadapan kitaorang dgn tergesa2 seakan berlari dengan diekori oleh 2 couple berbangsa cina, aku seakan dapat menghidu bau tiket…

“uncle, de tiket lebih ke?”, aku

“kat atas de 10 tiket lagi, lu pagi naik atas”, uncle

adrenalin aku makin membuak2, aku teruja kembali, aku dan kobe mengikut 2 couple cina tadi ke atas, kami berlari menaiki tangga, sampai je kat atas aku terperasan yang uncle tadi hilang kemana ntah…sampai je kat entrance atas, seorang dari couple cina tadi bersuara…

“td de uncle bgtau ada 10 tiket lagi”, lelaki cina

“xde…”, penjaga entrance

“td dia cakap ade”, lelaki cina

“xde…”, penjaga entrance

demn!, bagi harapan je uncle ni, aku ngan kobe hanya mampu mundar-mandir sambil memikirkan strategi seterusnya…

“kita turun tanya kat bawah, kalau xde gak kita balik”, aku suggest kat kobe

sampai kat bawah aku tanya lagi kat brader yang ada 1 tiket tadi…

to be continue…
_______________________________________________________________________

entry atas ni dah lama tertangguh, igt nk siapkan b4 pergi bandung, x sempat, after balik bandung lak terus de hal2 lain, sementara aku dok mengarang korang tgk gamba2 bawah ni dulu ye!

Adlina & Mustafa, Bukit Damansara, The Reception






kepada Adlina dan Mustafa tahniah aku ucapkan, sok dapat anak sure comel, kalau twins mcm Adlina pun ok gak, heee, kali ni aku jadi pengikut mas, thx dudu!

-keep moving on-



16 Responses to “Jason Mraz punya pasal…”

  1. apeshal tahajak haku.haku pon jason mrac diehardfancy.haha
    aku yakin,dengan latihan turun naik,peluh yang mencurah,mesti ade hasil bakaran yg akan membuatkan ko mnjadi sasa kembali.
    aku sungguh yakin.
    tak sangke jason mrac sungguh popular,time lagu lame die tak pop sgt pon.cedey aku.
    owhhh…

  2. adoi .. .continue plak … teruja aku baca td … hehe

  3. aduih! org tengah syok baca.. u leh potong la kata to be continue.. blah ar!
    gila susah payah siot!

  4. lu pagi naik atas manee wehh???

  5. 5 mas

    ahahha…
    pagi pagi hapeap memang suka naikk….

  6. hehe, gue kagom smangat loe..😉

  7. Perghhhh, mmg btol bersusah payah utk jason mraz ni!! Caya la..

    re: Bole je print atas apron.🙂

  8. 8 aie

    gua pon nak gi bandung la ini mcm..

    hahaha

  9. 9 haniframli

    wahah
    gua pn akn ke bandung gk
    p awl bln 7 ney la huhu

  10. kasi cepat skit cite part 2!!!!! hehehehe…

  11. ko larat ke naek atas.. ?
    jasom mrak is kewll.. kobe pon kewll… =D

  12. wah cun.. aku suka pic 1,3 and last… editing and compo best skali…

  13. projek kite cam ne? lame no dah tggu ni..

  14. 14 alip

    hahahhahaha…
    aku ingat lagi ko cakap kat aku…
    “ku akan pergi lane paling kiri, bawak slow2, buka tingkap dan sing along, gile best”
    kene g lane paling kiri takut eksiden dek khayal ngan lagu im yours kan.. hhahaahha

    btw.. last last dapat masuk x..?? berdebar-debar menanti sambungan cerita…

  15. sorry guys for the late reply

    deeno
    tau xpe, album lama2 dia pun ak x tau gak, heh

    FarEast
    sambungan dia aku post soon!🙂

    Putri
    tau xpe, x hbs lg 2…ade part 2

    udey/mas
    hahahaa, typo typo

    radin
    hahahahaa, thx

    Mademoiselle Ayu
    heeee, awak jual tsert bandung eh?

    aie
    jom jom

    hanif
    melancong ke beb?

    azrulsham
    tggu!!! :p

    faridbadarul
    larat la, tgk ar muzel…

    firrbudi
    thx thx

    cik ecah
    blog kebaya tu akan di launch dalam mase terdekat ni, ngeeee

    alip
    mane leh bgtau, tggu part2…🙂

  16. laaa..continue plak.. tgh syok baca neh…hehe


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: